Vivo V60 Lite 5G Dilancar di Malaysia, Lasak, Kamera Malam Menawan & Harga Berbaloi

Vivo V60 Lite 5G Rasmi di Malaysia
Vivo V60 Lite 5G Rasmi di Malaysia {source: vivo)

Vivo telah melancarkan telefon pintar terbaharu mereka, vivo V60 Lite 5G, dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini. Peranti ini diperkenalkan sebagai gabungan hiburan, gaya, dan prestasi unggul, disasarkan kepada pengguna moden pada harga kompetitif bermula dari RM1,199.

Reka Bentuk Elegan dan Paparan Imersif

Reka Bentuk Elegan dan Paparan Imersif

Majlis pelancaran diadakan dalam suasana moden dan bergaya, menonjolkan warna Pop Pink dan Titanium Blue yang menjadi ciri utama peranti. vivo V60 Lite 5G direka nipis dan ringan, namun kekal kukuh, dengan kemasan belakang Pop Pink yang menampilkan gradasi cahaya mewah.

Peranti ini dilengkapi paparan AMOLED 6.77 inci HDR10+ dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 3000 nits, memastikan pengalaman visual yang menakjubkan walaupun di bawah cahaya matahari terik.

Dengan nisbah skrin-ke-badan 94.2%, ia menawarkan pandangan luas, sesuai untuk tontonan filem dan suntingan video. Aspek ergonomik dan estetik diberi perhatian serius dalam reka bentuknya.

Ketahanan Luar Biasa Dengan Pensijilan Gred Ketenteraan

Ketahanan Luar Biasa Dengan Pensijilan Gred Ketenteraan

Salah satu ciri paling menonjol pada vivo V60 Lite 5G adalah ketahanan luar biasanya. Telefon ini telah menjalani ujian ketahanan ketat sehingga mencapai Pensijilan Gred Ketenteraan (Military-Grade Certification) dan SGS Five-Star Drop Resistance.

Demonstrasi ujian jatuh yang dijalankan semasa acara pelancaran menunjukkan peranti ini masih berfungsi sempurna tanpa sebarang keretakan selepas dijatuhkan dari ketinggian meja beberapa kali, hasil struktur dalaman berlapis yang direka untuk menyerap hentakan.

Selain itu, vivo turut menyertakan ciri praktikal seperti Wet-Hand Touch dan Greasy-Hand Touch yang memastikan skrin kekal responsif walaupun tangan basah atau berminyak. Peranti ini juga terbukti berfungsi dengan baik selepas terdedah kepada hujan berterusan selama 12 jam, membuktikan rekaannya bukan sahaja cantik tetapi benar-benar kukuh dan lasak.

Sistem Kamera Canggih Untuk Fotografi Potret Malam

Sistem Kamera Canggih Untuk Fotografi Potret Malam

vivo V60 Lite 5G menaikkan standard fotografi malam dengan sistem kameranya yang hebat. Ia dilengkapi kamera utama 50MP Sony IMX882 dengan sensor besar 1/1.95 inci dan AI Master Aura Light, membolehkan penghasilan gambar malam yang jelas, lembut, dan penuh emosi.

Algoritma AI Noise Reduction dan AI Color Tuning memastikan warna kekal hidup, bayangan lembut, dan subjek utama terang tanpa hingar berlebihan.

Ciri-ciri fotografi lain termasuk:

  • AI Four-Season Portrait: Membolehkan pengguna mengubah suasana gambar mengikut mood (musim luruh, panas, salji, atau bunga) untuk potret malam yang lebih sinematik.
  • AI Erase 3.0 dan AI Reflection Erase: Membolehkan pengguna memadam objek atau pantulan yang mengganggu dalam gambar dengan mudah.
  • Kamera sudut lebar 8MP 120°: Sesuai untuk pemandangan luas atau gambar kumpulan.
  • Kamera swafoto 32MP HD: Menghasilkan potret jelas dengan tona kulit natural.

Prestasi Gaming dan Hiburan Tanpa Henti

Prestasi Gaming dan Hiburan Tanpa Henti

Dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7360-Turbo (Gaming) dengan proses 4nm, vivo V60 Lite 5G menawarkan peningkatan 60% prestasi keseluruhan dan 105% keupayaan grafik. Ini menjamin pengalaman permainan yang lancar tanpa gangguan, dengan kadar bingkai stabil dan grafik licin, seperti yang didemonstrasikan melalui permainan seperti Free Fire dan PUBG Mobile.

Peranti ini didatangkan dengan RAM 12GB yang boleh diperluas hingga 24GB, serta storan dalaman 512GB, menjadikannya sesuai untuk pengguna yang gemar merakam video, menyunting, dan mencipta kandungan.

Ciri-ciri tambahan untuk pengalaman gaming termasuk AI SuperLink, antena omnidirectional 360° untuk sambungan internet stabil, dan Ultra Game Mode dengan fungsi Esports Mode serta Mistouch Prevention.

Bateri 6500 mAh Dengan Pengecasan Pantas 90W

Bateri 6500 mAh Dengan Pengecasan Pantas 90W

vivo V60 Lite 5G dilengkapi bateri BlueVolt 6500 mAh dan teknologi 90W FlashCharge, menjanjikan pengecasan penuh dari 1% ke 100% hanya dalam 52 minit. Dengan 10 minit pengecasan, pengguna boleh menikmati tontonan YouTube selama 6.6 jam atau bermain Free Fire selama 3.6 jam.

Ciri Bypass Charging menyalurkan tenaga terus ke sistem tanpa melalui bateri, mengurangkan haba terutamanya semasa sesi permainan. vivo juga menawarkan jaminan kesihatan bateri selama 5 tahun, satu kelebihan yang jarang ditemui dalam segmen harganya.

Ciri-ciri Produktiviti AI Bersepadu

Ciri ciri Produktiviti AI Bersepadu

Untuk gaya hidup moden, vivo V60 Lite 5G mengintegrasikan ciri Google Gemini AI yang meningkatkan produktiviti. Fungsi seperti AI Smart Call Assistant, AI Captions, dan AI Note Assist menjadikan telefon ini sebagai alat kerja yang efisien. Tambahan pula, ciri Block Spam Calls membantu pengguna fokus pada tugasan tanpa gangguan.

Harga dan Tawaran Pra-Tempahan

Harga dan Tawaran Pra Tempahan

vivo V60 Lite 5G ditawarkan pada harga:

  • RM1,199 untuk varian 8GB + 256GB.
  • RM1,499 untuk varian 12GB + 512GB.

Sempena pelancaran, vivo menawarkan hadiah eksklusif bernilai RM1,199 termasuk vivo Buds percuma, Holiday Vibes Gift Set, dan waranti lanjutan 1+1 tahun. Pelanggan juga boleh menikmati diskaun RM100 melalui Grab PayLater atau sPayLater, serta pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan. Program tukar beli (trade-in) turut disediakan, membolehkan pengguna menukar telefon lama dengan nilai menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *