Redmi secara rasmi memperkenalkan telefon pintar terbaharunya, Redmi K90, di pasaran China. Peranti ini dilancarkan sebagai alternatif kepada model Redmi K90 Pro Max.
Mengetengahkan rekaan minimalis bersama cip berkuasa Snapdragon 8 Elite, paparan AMOLED 12-bit 2K, serta bateri gergasi 7100mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.
Berbanding versi Pro Max, K90 menampilkan estetika reka bentuk yang lebih minimalis, tanpa kehadiran bulatan penjenamaan BOSE.
Paparan Cemerlang dan Prestasi Berkuasa

K90 dibekalkan dengan skrin AMOLED 12-bit bersaiz 6.59 inci yang menawarkan resolusi 2K (2510 × 1156 piksel) serta kadar segar semula 120Hz yang lancar.
Di bawah tudung, peranti ini dikuasakan oleh cip pemprosesan terkemuka Snapdragon 8 Elite, dilengkapi dengan konfigurasi memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.
Bagi memastikan pengalaman pengguna yang lebih responsif dan intuitif, Redmi K90 beroperasi menggunakan sistem operasi Xiaomi HyperOS 3.
Sistem Kamera Canggih dan Ketahanan Bateri Hebat

Aspek fotografi Redmi K90 diperkasa oleh sistem tri-kamera belakang. Ia merangkumi sensor utama 50MP, lensa telefoto 50MP, dan lensa ultra-lebar 8MP, yang semuanya mampu merakam video dalam resolusi 8K.
Untuk keperluan swafoto dan panggilan video, kamera hadapan beresolusi 20MP disediakan, lengkap dengan fungsi autofokus bagi memastikan kualiti imej yang tajam.
Lebih menarik lagi, peranti ini dilengkapi bateri berkapasiti besar 7100mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas 100W dan turut menawarkan pengecasan berbalik 22.5W.
Harga Jualan Rasmi Redmi K90 di China
Berikut adalah senarai harga bagi setiap konfigurasi Redmi K90 yang ditawarkan di pasaran China:
- 12GB RAM + 256GB Storan – RMB2599 (~RM 1,539)
- 12GB RAM + 256GB Storan – RMB2,899 (~RM 1,717)
- 12GB RAM + 512GB Storan – RMB3199 (~RM 1,895)
- 16GB RAM + 512GB Storan – RMB3499 (~RM 2,073)
- 16GB RAM + 1TB Storan – RMB3999 (~RM 2,369)