Nubia Z80 Ultra Dedah Kamera Canggih, Cip Snapdragon Elite dan Bateri Gergasi

Nubia Z80 Ultra
Nubia Z80 Ultra (source: weibo)

Nubia telah mendedahkan spesifikasi perkakasan utama bagi telefon pintar mercu baharunya, Nubia Z80 Ultra, menjelang pelancaran rasminya pada 22 Oktober ini.

Peranti ini menonjolkan keupayaan kamera yang canggih sebagai daya tarikan utama, di samping menawarkan paparan berkualiti tinggi, cip pemprosesan berprestasi tinggi dan kapasiti bateri yang besar.

Sistem Kamera Berkuasa Tinggi

Kamera menjadi fokus utama Nubia Z80 Ultra, dengan syarikat itu mengesahkan peranti ini akan dilengkapi pelbagai ciri fotografi mengagumkan.

Menurut pendedahan rasmi di platform Weibo, ia menampilkan sensor khas 35 mm “Light and Shadow Master 990”.

Sensor ini direka untuk menangkap butiran yang lebih halus dan menghasilkan julat dinamik yang lebih baik. Nubia Z80 Ultra turut dilengkapi dengan persediaan tiga kamera serba boleh yang terdiri daripada:

  • Lensa ultralebar 18 mm.
  • Modul makro telefoto 15 cm.

Persediaan ini direka untuk menangani hampir semua senario penggambaran. Nubia juga memanfaatkan pemprosesan berkuasa AI (Kecerdasan Buatan) untuk meningkatkan kualiti imej.

Spedifikasi Nubia Z80 Ultra

Bagi penggemar fotografi tegar, Nubia turut menawarkan kit kamera pilihan untuk pengalaman yang lebih dipertingkatkan.

Beberapa sampel kamera yang telah dikongsikan oleh Nubia sebelum ini memperlihatkan hasil yang mengagumkan.

Paparan dan Prestasi Dalaman Terkemuka

Selain daripada sistem kamera, Nubia Z80 Ultra turut menampilkan spesifikasi dalaman yang tidak kurang hebatnya. Peranti ini hadir dengan paparan X10 bersaiz 6.85 inci yang menyokong kadar segar semula 144 Hz.

Teknologi peredupan PWM 2,592 Hz turut disertakan untuk mengurangkan kelipan skrin dan ketegangan mata, memastikan pengalaman tontonan yang lebih selesa.

Dari segi kuasa pemprosesan, Nubia Z80 Ultra dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite Gen 5. Prestasi pantas ini disokong oleh RAM jenis LPDDR5X dan storan UFS 4.1.

Menariknya, Nubia juga meminjam enjin permainan daripada RedMagic 11 Pro, menjanjikan pengalaman permainan yang lancar dan mengasyikkan.

Bateri dan Pengecasan Cepat

Hayat bateri dijangka tidak menjadi masalah bagi Nubia Z80 Ultra. Ia dilengkapi bateri berkapasiti besar 7,200 mAh.

Telefon pintar ini juga menyokong teknologi pengecasan pantas dengan pengecasan berwayar 90 W dan pengecasan tanpa wayar 80 W, membolehkan pengguna mengecas peranti dengan lebih pantas dan mudah.

Nubia masih belum mengumumkan harga atau ketersediaan global bagi Z80 Ultra, namun butiran tersebut dijangka akan didedahkan sejurus selepas pelancaran pada 22 Oktober nanti.

Dengan gabungan perkakasan kamera yang serius, komponen dalaman terkini, dan ciri mesra pemain, Z80 Ultra dijangka menjadi salah satu peranti mercu Android paling menarik tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *