Samsung Galaxy Z TriFold Dilancar Global Hujung Bulan Ini, Bakal Teroka Pasaran Baharu

Samsung Galaxy Z TriFold Dilancar Global Hujung Bulan Ini, Bakal Teroka Pasaran Baharu
Samsung Display Tri Fold Concept (source: sammobile)

Samsung dilaporkan akan memperkenalkan telefon pintar tri-lipat pertamanya, Galaxy Z TriFold, secara global menjelang penghujung bulan ini. Pelancaran ini menandakan ketersediaan yang lebih luas berbanding laporan awal yang mencadangkan peranti tersebut hanya akan ditawarkan secara eksklusif di Korea Selatan dan China.

Menurut laporan sammobile, Samsung merancang untuk membawa peranti inovatif ini ke pasaran lain, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE). Walaupun terdapat kemungkinan pasaran Amerika Syarikat turut termasuk dalam senarai ini, perkara tersebut masih belum dapat disahkan sepenuhnya.

Tiada maklumat lanjut mengenai ketersediaan peranti ini untuk pasaran Malaysia pada masa ini. Dari segi spesifikasi, Galaxy Z TriFold dijangka akan dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite, sama seperti yang terdapat pada model Galaxy Z Fold7.

Peranti ini akan menjalankan sistem operasi One UI 8 dan didatangkan dengan sokongan kemas kini perisian sehingga tujuh tahun. Untuk kemampuan fotografi, ia dijangka dilengkapi dengan sensor utama 200MP serta kamera telefoto yang mampu melakukan zum digital sehingga 100x.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *