OnePlus mendedahkan spesifikasi utama telefon pintar Ace 6 menjelang acara pelancaran rasminya di China pada 27 Oktober ini.
Perincian peranti yang sebelum ini dirahsiakan itu kini terbongkar menerusi penyenaraian di JD.com, sebuah platform beli-belah dalam talian terbesar di China, yang turut mengesahkan beberapa ciri penting.
Ciri Utama OnePlus Ace 6 Didedahkan


Berdasarkan maklumat yang tersedia, OnePlus Ace 6 akan dilengkapi dengan skrin OLED yang menawarkan kadar segar semula 165Hz.
Meskipun resolusi spesifik tidak disebutkan, ia dijangka tidak melebihi “1.5K” kerana model utama OnePlus 15 turut menggunakan resolusi yang sama. Butiran mengenai spesifikasi ini turut dikongsikan oleh penganalisis menerusi platform X.
OnePlus Ace 6
— Anvin (@ZionsAnvin) October 17, 2025
– 165Hz OLED display
– Snapdragon 8 Elite
– 7,800mAh battery
– 120W charging#OnePlus #OnePlusAce6 pic.twitter.com/Mdx9TMnks6
Dari segi prestasi, OnePlus Ace 6 akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite SoC dari tahun lepas.
Untuk ketahanan bateri, peranti ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti besar 7,800 mAh dan menyokong teknologi pengecasan berwayar pantas 120W.


Potensi Pelancaran Global
Timbul spekulasi bahawa OnePlus mungkin akan melancarkan Ace 6 ke pasaran antarabangsa sebagai model OnePlus 15R.
Spesifikasi yang ditawarkan oleh Ace 6 dilihat selari dengan corak penawaran siri ‘R’ syarikat tersebut selama ini, memberikan petunjuk mengenai kemungkinan ketersediaannya di luar pasaran China pada masa akan datang.