Nubia Air Rasmi di Malaysia, Harga Bermula RM899

Nubia Air Rasmi di Malaysia

Nubia telah melancarkan telefon pintar terbaharu mereka, Nubia Air, di pasaran Malaysia. Peranti ini ditawarkan pada harga jualan rasmi RM1099, namun boleh dimiliki dengan harga promosi serendah RM899 untuk pembeli terawal dan terhad.

Pembeli kini boleh mendapatkan Nubia Air melalui pengedar sah Nubia di seluruh negara. Telefon pintar ini hadir dalam dua pilihan warna menarik, iaitu Titanium Black dan Titanium Desert.

Spesifikasi Utama Nubia Air

Dari segi spesifikasi, Nubia Air dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.78 inci 1.5K yang menyokong kadar segar semula pantas 120Hz. Peranti ini dikuasakan oleh cip Unisoc T8300, digabungkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sebesar 256GB.

Nubia Air Rasmi di Malaysia, Harga Bermula RM899

Untuk kuasa, ia menampilkan bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W, serta memanfaatkan teknologi penjimatan kuasa AI bagi memastikan penggunaan lebih efisien.

Ketahanan dan Reka Bentuk

Nubia Air turut menonjolkan ketahanan lasak dengan piawaian kalis air IP69K/IP68, membolehkannya menahan semburan air kuat dan direndam dalam air tawar.

Dari aspek reka bentuk, peranti ini sangat nipis dengan ketebalan 9mm dan berat hanya sekitar 172g, menjadikannya mudah dan selesa untuk dibawa ke mana-mana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *