Pratempahan Apple AirPods Pro 3, Watch Series 11, SE 3 & Ultra 3 Dibuka

Apple AirPods Pro 3
Apple AirPods Pro 3 (source: apple)

Pratempahan untuk peranti boleh pakai terbaharu Apple, termasuk AirPods Pro 3 serta barisan Apple Watch Series 11, SE 3, dan Ultra 3, telah dibuka secara rasmi di Malaysia. Para pelanggan boleh mula membuat pratempahan bermula 9 Oktober, jam 9 pagi, melalui pengedar sah Apple seperti Machines, Switch, dan ITWorld.

Peranti-peranti ini diumumkan bulan lalu bersama siri iPhone 17, bagaimanapun, ketersediaannya untuk pasaran Malaysia sebelum ini hanya disenaraikan sebagai “akan datang”. Walaupun AirPods Pro 3 dan model Apple Watch baharu belum lagi muncul di laman web rasmi Apple Malaysia, pengedar sah telah mula menawarkan pratempahan dengan pelbagai insentif tambahan.

Promosi yang ditawarkan termasuk pelan ansuran 0% faedah, mata ganjaran ahli, baucar, dan hadiah percuma. Walaupun tiada tarikh penghantaran atau pengambilan yang spesifik diberikan, peranti dijangka akan mula dihantar kepada pelanggan dalam beberapa minggu akan datang.

AirPods Pro 3, Ciri dan Harga di Malaysia

AirPods Pro 3
AirPods Pro 3 (source: apple)

Apple AirPods Pro 3 kini dijual di Malaysia pada harga rasmi RM999. Model terbaharu ini menawarkan ciri pembatalan hingar aktif (ANC) dalam telinga yang diklaim terbaik di dunia, dengan prestasi dua kali ganda lebih baik berbanding AirPods Pro 2.

Selain itu, ia menyokong penjejakan kadar denyutan jantung serta menawarkan jangka hayat bateri yang lebih panjang, mencapai sehingga 8 jam dengan ANC diaktifkan dan 10 jam dalam mod Transparency.

Siri Apple Watch Baharu, Inovasi dan Peningkatan

Apple Watch Series 11
Apple Watch Series 11 (source: apple)

Barisan Apple Watch terbaharu, merangkumi Series 11, Ultra 3, dan SE 3, masih menggunakan cip S10 yang sama seperti model tahun sebelumnya. Namun, kesemua model selular kini menyokong sambungan 5G. Model Apple Watch Series 11 dan Watch Ultra 3 turut menerima peningkatan jangka hayat bateri yang ketara, masing-masing sehingga 24 jam dan 42 jam.

Kedua-dua model Series 11 dan Ultra 3 kini dilengkapi dengan notifikasi tekanan darah tinggi (hipertensi). Sementara itu, Apple Watch SE 3 pula dipertingkatkan dengan ciri Always-On Display, markah tidur (Sleep Score), dan pengesan apnea tidur (Sleep Apnea Detection).

Harga Apple Watch Series 11 di Malaysia

  • Titanium 46mm (GPS + Selular) – dari RM3,549
  • Aluminium 42mm (GPS) – dari RM1,799
  • Aluminium 42mm (GPS + Selular) – dari RM2,299
  • Aluminium 46mm (GPS) – dari RM1,949
  • Aluminium 46mm (GPS + Selular) – dari RM2,449
  • Titanium 42mm (GPS + Selular) – dari RM3,299

Pilihan warna yang ditawarkan termasuk Jet Black, Rose Gold, Silver, dan warna baharu Space Grey.

Harga Apple Watch Ultra 3 di Malaysia

  • Alpine Loop – RM3,699
  • Trail Loop – RM3,699
  • Ocean Band – RM3,699
  • Titanium Milanese Loop – RM4,199

Model ini tersedia dalam pilihan warna Natural Titanium dan Black Titanium.

Harga Apple Watch SE 3 di Malaysia

  • 40mm (GPS) – dari RM1,049
  • 40mm (GPS + Selular) – dari RM1,299
  • 44mm (GPS) – dari RM1,199
  • 44mm (GPS + Selular) – RM1,449

Model Apple Watch SE 3 ditawarkan dalam warna Midnight dan Starlight.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *